3 Beradik Dipercayai Dibunuh Bapa Sendiri Dekat Simpang Renggam

0
170

3 adik beradik berusia 2, 3 dan 5 tahun mati dipercayai dibunuh bapa sendiri, berhampiran Ladang Alias, Mengkibol, dekat Renggam, Kluang Johor.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku lewat petang semalam, mangsa, 2 daripadanya perempuan lemas, selepas ditolak ke dalam kolam tadahan air.

Suspek, seorang pekerja ladang di sini, dikatakan berselisih faham dengan isterinya sebelum kejadian.

Polis dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat sejak kira-kira jam 11 malam tadi.

Ibu mangsa turut dipanggil ke ibu pejabat polis Daerah Kluang untuk membantu siasatan.

Suspek kini ditahan dan motif dia bertindak kejam sedang disiasat polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.