1,000,000FansLike

Akibat Berjudi, 8 Lelaki Dihukum Rotan Dikhalayak Ramai

AcCEH – Lapan lelaki yang ditangkap berjudi dikenakan hukuman sebat lima kali di hadapan lebih seribu orang.

Seorang lagi lelaki bagaimanapun dibenarkan ditunda hukuman berkenaan kerana dia tidak sihat.

Namun sebaik sahaja kesihatannya kembali pulih, dia akan dikenakan hukuman yang sama.

Hukuman rotan di luar sebuah masjid itu dijalankan selepas mereka ditangkap kerana berjudi pada bulan Julai lalu.

judi

Ketika ditangkap, polis turut menemui wang tunai berjumlah RM420 daripada mereka.

Sepatutnya mereka dikenakan hukuman sebat lapan kali namun hukuman itu dikurangkan hanya kepada lima sahaja.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Saaduddin Djamal berkata, ia merupakan hukuman sebat yang ketujuh diadakan di hadapan khalayak ramai selepas pesalah melanggar undang-undang syariah dalam tempoh 12 tahun.

Related Stories