BEERSIH 2.0 – JKM Dan Polis Selamatkan 17 Anak Yatim

0
125

 

 

Daripada lebih 1,600 yang ditahan, 17 adalah kanak-kanak.

Paling dikesali, dua daripada 17 kanak-kanak itu, anak yatim piatu yang diheret bersama.

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis mengambil tindakan pantas menyelamatkan kanak-kanak itu.

DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL / MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT
JKM semalam standby satu hari satu malam untuk memastikan kanak-kanak tak digunakan sebagai human shield. Tapi ada jgua kanak-kanak yang dibawa bersama-sama dalam perhimpunan haram. Kalau ikutkan JKM boleh ambil kanak-kanak daripada ibubapa mereka kerana ini langgar undang-undang tapi kerana kami berhati perut, mana-mana kanak-kanak yang diambil JKM, kita bekerjasama dengan polis kita hantar balik ke rumah mereka.

Polis sedang menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan memanggil ibu bapa kanak-kanak yang dilibatkan bagi membantu siasatan.

Di bawah Seksyen 31, Akta Kanak -Kanak 2001, sesiapa yang didapati bersalah melibatkan kanak-kanak dalam sebarang perhimpunan haram boleh didenda lebih RM20 ribu atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua duanya sekali.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.