BEERSIH 2.0 – Tindakan Menanti Penuntut IPTA Terbabit Perhimpunan Haram

0
115

 

Kementerian Pengajian Tinggi sedang menunggu laporan polis berhubung pembabitan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam perhimpunan haram.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, senarai pelajar yang terbabit dalam perhimpunan haram itu akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, terpulang kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja Uitm.

Jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.