Bookie Bolasepak Dibebaskan Hanya 2 Minit

0
129

 

Di Kuala Terengganu, seorang bookie bolasepak yang ditahan SPRM Khamis lalu kerana disyaki menyogok pemain, dibebaskan tanpa syarat, pagi tadi.

Keputusan dibuat Majistret Noradila Abdul Latif yang berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM selama tiga hari, berakhir hari ini.

Kesnya ada kaitan dengan mengatur perlawanan pasukan T Team, untuk Piala Presiden, tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit dibebaskan, suspek ditahan pula SPRM Putrajaya.

Kali ini kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, AMLA.

Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusoff Mohd Zin ketika ditanya mengesahkan perkara itu.

Suspek berusia 50an yang juga warga Singapura, akan di bawa ke pejabat SPRM Putrajaya untuk soalsiasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.