Cadangan Pergerakan Kesederhanaan Global Disokong Britain

0
125

>
Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya dunia mewujudkan pergerakan kesederhanaan global, terus mendapat sokongan antarabangsa.

Kali ini daripada rakan sejawatnya dari United Kingdom, David Cameron.

Malah, Perdana Menteri Britain itu memberi jaminan kerajaannya akan menyokong kuat usaha Malaysia untuk menjadikan konsep kesederhanaan sebagai amalan antarabangsa, tanpa mengira agama dan warna kulit, menjadi kenyataan.

Datuk Manja Ismail melaporkan dari London.

Pergerakan kesederhanaan global, yang pertama kali disarankan oleh Datuk Seri Najib di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu September lalu, adalah antara isu yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam pertemuan mereka di Downing Street.

Perbincangan disusuli jamuan tengah hari itu adalah kemuncak lawatan rasmi Perdana Menteri ke United Kingdom, atas undangan Cameron, yang mengetuai kerajaan campuran Konservatif-Liberal Demokrat, setahun lalu.

DAVID CAMERON / PERDANA MENTERI BRITAIN
Saya amat gembira menerima lawatan Perdana Menteri Malaysia ke No 10 Downing Street. Britain dan Malaysia adalah kawan lama yang mempunyai banyak kepentingan bersama. Jelas sekali kami akan membincangkan hubungan perdagangan, bagaimana kita boleh memperluaskannya, pelaburan perdagangan dua hala, kami akan bercakap mengenai isu-isu keselamatan serantau. Tetapi lebih penting, saya mahu mengatakan betapa saya menyanjungi usaha anda memperjuangkan Islam dan demokrasi, satu perikatan kesederhanaan. Saya rasa ini sangat penting dan saya menyokong kuat apa yang anda katakan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Ini merupakan satu penghormatan, dijemput ke sini dan diberi peluang bertemu anda. Britain dan Malaysia berkongsi banyak sejarah, yang boleh kita gunakan untuk menghidupkan kembali hubungan, memperkukuhkan hubungan ekonomi, meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Pendidikan masih merupakan bidang penting dan hubungan dalam bidang ini, kekal kukuh, kami berbesar hati kerana penerimaan sejumlah besar pelajar kami di sini dan saya berharap dapat bekerja sama dengan anda. Adalah penting bagi kami untuk menonjolkan imej islam yang boleh diterima di barat. kalau kita boleh bekerja bersama dan berpegang kepada kepercayaan bahawa kesederhanaan ialah jalan ke hadapan untuk kita semua, saya percaya dunia akan menjadi lebih aman dan lebih banyak masalah boleh dihindarkan. saya sungguh berbesar hati dengan peluang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.