CEO Apple Letak Jawatan

0
157
Steve Jobs, pemimpin di sebalik kegemilangan produk Apple meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc pada Rabu disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs, meletak jawatannya pada Rabu disebabkan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk terus memimpin salah satu syarikat paling berpengaruh tersebut.

Bagaimanapun Jobs berkata beliau tetap akan memainkan peranan dalam memimpin Apple Inc.

Tindakan tersebut dibuat Jobs selepas beliau menghadapi masalah kesihatan yang tidak diketahui dan mengambil cuti dengan tempoh yang tidak dapat dipastikan pada bulan Januari.

Steve Jobs, pemimpin di sebalik kegemilangan produk Apple meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc pada Rabu disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan tersebut.

“Saya sering menyatakan jika tiba suatu masa di mana saya tidak berupaya lagi untuk menjalankan tugas dan harapan sebagai seorang CEO Apple, sayalah orang pertama yang akan memberitahu anda. Malangnya, hari itu telah tiba,” kata Jobs melalui sepucuk surat yang dihantarnya kepada lembaga pengarah dan warga Apple.

Apple berkata dalam satu kenyataan, Jobs menyerahkan perletakan jawatannya kepada lembaga pengarah pada Rabu dan mencadangkan Cook dilantik sebagai penggantinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.