Chong Wei semakin hampir gelaran Kejohanan Dunia (update)

0
102
Datuk Lee Chong Wei

Untuk menonton perlawanan tersebut  http://youtu.be/XNH7aPi5Yk0

Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia.

Kini, hanya satu halangan saja lagi buat Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama.

Pada separuh akhir sebentar tadi, Chong Wei nampak mudah menjinakkan juara bertahan, Chen Jin dari China dengan keputusan 21-13, 21-9 dalam masa 43 minit.

Pilihan ke-6 itu nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamer Chong Wei selaku pilihan pertama.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China pada perlawanan akhir nanti. Lin Dan mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan Peter Hoeg Gade 22-24 21-7 21-15

Datuk Lee Chong Wei

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.