Dr Lo’lo Disahkan Meninggal Dunia

0
304

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali telah kembali ke rahmatullah dan disahkan oleh ibu beliau, Datin Zainab binti Salleh.

Beliau yang dilahirkan pada 2 Ogos 1957 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Conlay Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Kelas Pertama (Kedoktoran).

YB Dr Lo’Lo juga telah melanjutkan pengajiannya di Adelaide Alternative Medicine & Surgery dalam pengkhususan Acupunturist.

Beliau memenangi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa pada pilihanraya umum lalu pernah bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang namun tewas kepada calon Barisan Nasional.

Allahyarhamah Dr Lo’Lo telah meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan. Beliau juga mempunyai seorang cucu, ‘Izz Nu’man.

Jenazah beliau kini dibawa dalam perjalanan ke Masjid Akram Dato Keramat untuk dimandikan dan dikapankan.

Al Fatihah …

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.