Dr Tony Tan Keng Yam Presiden Baru Singapura

0
164
Dr Tony Tan Keng Yam
Dr Tony Tan Keng Yam

SINGAPURA, 28 OgosĀ  — Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik ini, memenangi pertandingan empat penjuru itu dengan 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awal pagi Ahad selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang 2 peratus daripada jumlah undi yang sah.

Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus.

Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.

Ini merupakan kali pertama Singapura menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden. Ia juga julung kalinya menyaksikan pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden sejak 1993.

Presiden ialah ketua negara dan memegang jawatan itu bagi tempoh penggal enam tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.