Empat Tangki Gas Dalam MPV Meletup - ulekmayang.com

KUALA TERENGGANU – Seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.05 malam itu, mangsa, Mohd. Azizi Jaafar, 37, meninggal dunia akibat melecur hampir 90 peratus anggota badan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 malam sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai tercetus sewaktu mangsa sedang memandu MPV, Perodua Alza sebelum berhenti di tepi jalan sebelum kebakaran itu merebak di sebuah lagi kereta Perodua Viva yang hangus hampir 60 peratus.

“Siasatan awal menemui tiga buah tangki gas untuk kerja kimpalan serta satu tangki oksigen di tempat duduk belakang kenderaan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan diri keluar dari tingkap namun usaha berkenaan gagal dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

 

 

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox