Gagasan 1Malaysia Perlu Diperjelas Kepada Rakyat Peringkat Akar Umbi

    0
    131

    Gagasan 1Malaysia perlu diperjelaskan kepada masyarakat di peringkat akar umbi dengan pendekatan mudah bagi mengelakkan ia diputar belit.

    Terdapat pihak yang cuba memanipulasikan gagasan itu dengan melihat daripada sudut kepentingan politik kepartian semata-mata.

    1Malaysia hendaklah dijadikan pegangan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, keturunan atau wilayah.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus dipuji atas inisiatif ini. 1Malaysia boleh diukur pencapaiannya cuma yang menentang adalah mereka yang dengki dengan sumbangan kita menjayakan gagasan 1Malaysia.

    1Malaysia, yang diilhamkan Najib, ialah satu gagasan bagi memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat negara ini.

    Bacaan tambahan:
    Konsep 1Malaysia

    Podcast Powered By Podbean

    Dunia kian berubah
    Perubahan melingkari
    Melaksana hasrat hati
    Kejayaan terbukti

    Verse 2
    Dunia yang megah
    Dengan misi yang gagah
    Kerana perpaduan
    Kita masih bersama

    Chorus
    Kita satu bangsa, Kita satu Negara
    Kita satu matlamat, oooo
    Kita satu bangsa, satu Negara
    Kita satu Malaysia

    Verse 3
    Bermulanya sekarang
    Perjalanan dilaksana
    Seia sekata sehati dan sejiwa

    Verse 4
    Membina masa hadapan
    Menuju kejayaan
    Kita semua rakyat Malaysia
    Harmoni, saling menghormati

    Chorus x2
    Kita satu bangsa, Kita satu Negara
    Kita satu matlamat, oooo
    Kita satu bangsa, satu Negara
    Kita satu Malaysia

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.