GOBALA ‘MENGAMUK’ LAGI…BALON ANWAR-AZMIN PULA MENERUSI TWITTER

0
238

20101226-twitter-gobala2xx

Genap seminggu dua orang kuat PKR yakni Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong bergasak secara terbuka dalam Twitter hingga Dr Lolo Ghazali dari PAS tweet balik tegur jangan ‘ selak kain’ secara terbuka begitu.

Rupanya ada geram dihati Gobala yang terus membara.

Sabtu satu dunia boleh baca beliau lanyak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kepercayaannya Azmin Ali secara terbuka menerusi Twitter dari lewat pagi sampai petang.

We have talked to you many times about all this but you only listen to Azmin. What is so great in Azmin that we r not.Itu antara Gobala kata pada Anwar.

Merujuk hal Azmin ini katanya: Azmin Ali has been against Indians in PKR since 2002 and though I suffered I was patient.

Lagi kata Gobala: I have tolerated too long.Party needs to move in the right direction.

Entah le…apakah ini satu lagi gempak keling.Apapun bunyi macam calon yang baru-baru ini tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden PKR nak bakar jambatan.

Antara tweetnya lagi:

Its time for Pakatan Rakyat leaders to know that every ordinary member of Pakatan Rakyat powers equal to Azmin, Ketua Umum and others.

Harap harap Mustafa Kamil Ayub tidak tingalkan pkr krna dialah paling di benci Azmin skrg

Punca beberapa pemimpin spt Ezam, Ruslan, RO dan Zaid tinggalkan pkr ia lah Azmin

Semua orang PKR tahu Gobala angin betul bila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail minggu lalu umum peguam N Surendran sebagai salah seorang dari tiga Naib Presiden (dilantik).

Geramnya kerana hajat dihatinya nak jadi Sivaji The Boss bagi kaum India dalam PKR.Sebaliknya Surendran yang tidak begitu dikenali yang dapat tempat.

Sekalipun dikenali dengan berbagai aksi cacamarba dan terpekik terlolongnya,Gobala kini adalah antara orang lama fighter dalam PKR yang semakin dipinggirkan.

Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily apa yang kini menimpa Gobala tidaklah menghairankan.

Ini mengenangkan banyak muka-muka lama pejuang asal reformasi sudah disisihkan dari kepimpinan parti itu.

Sebaliknya semakin ramai muka-muka baru yang potong que apa lagi bila ternampak ‘nikmat kuasa’ selepas pilihanraya umum Mac 2008.

::::::::::

Pemimpin PKR ‘selak kain’ menerusi twitter…sampai Dr. Lolo PAS tegur

Oleh: HELME HANAFI

Jangan nanti inipun nak dikata satu konspirasi musuh politik segala macam.Cakap banyak nanti bolehlah panggil orang kuat PAS, Dr. Lolo Ghazali jadi saksi.

Semuanya gara-gara babak lanjutan isu pemilihan haru-biru PKR tempoh hari yang nampaknya belum beres sekalipun bos-bos di atas berusaha untuk gambarkan semuanya sudah under control .

Kalau sudah beres patutkah apa juga yang diputuskan oleh pimpinan parti ada sahaja yang tak kena.

Tak percaya tengok apa jadi tidak lama selepas pengumuman senarai barisan kepimpinan baharu peringkat pusat oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Sabtu.

Belumpun para wartawan sempat selesai tulis berita tentang pengumuman itu rasa tak puas hati sesetengah pemimpin PKR diluahkan melalui twitter masing-masing.

Antaranya dua orang kuat PKR bergasak secara terbuka dalam twitter iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong.

Drama itu bermula apabila Gobalakrisnan tweet persoal “adakah DSAI buat keputusan yang betul untuk orang India di Malaysia?”

Ia dipercayai ada kaitan dengan pengumuman Wan Azizah bahawa antara salah seorang daripada tiga orang yang dilantik naib presiden parti itu adalah N Surendran.

Surendran bukanlah pemimpin di kalangan arus perdana parti itu.

Perlantikan peguam itu dipercayai atas ‘kuota’ India yang menyebabkan Gobalakrisnan ‘angin satu badan’.

Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden dikatakan menaruh harapan dilantik ke jawatan itu.

Tweet beliau dijawab oleh Elizebert Wong “MPP buat keputusan yang betul untuk rakyat Malaysia,”

Gobalakrisnan jawab balik kata “(keputusan) tu bukan untuk MPP atau awak tapi untuk Anwar. Saya tidak tipu atau guna orang lain untuk tipu dengan kertas undi,” tweet beliau.

Tunggu punya tunggu Elizebert tak jawab-jawab, Gobalakrisnan tweet lagi, “Aku tunggu awak jawab seperti aku pertahankan awak ketika gambar bogel awak diedarkan,”

Tunggu lagi Elizebert Wong tak jawab-jawab, Gobalakrisnan naik ‘syeikh’ gamaknya apabila dia tweet “Elizebert pergi tengok diri engkau di cermin sebelum kau kata pada orang yang Gobala akan sertai ( parti AKIM ) Zaid.”

Gobala diketahui penyokong Zaid semasa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Panas hati Gobalakrisnan bagai tak boleh dibendung lagi apabila dia tweet pula tanya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “Surendran ini ahli cabang mana?”

Jawab Nurul Izzah, “Surendran ahli cabang Lembah Pantai,”

Tak lama kemudian Gobalakrisnan terus serang Anwar sendiri apabila dia tweet pada Anwar “keangkuhan kuasa menafikan pembangunan sesuatu masyarakat melalui kebencian antara pimpinan,”

“26 keluarga di ladang Tuan Mee Ijok masih kongsi air minuman dengan itek,” kata Gobalakrisnan.

Ladang Tuan Mee adalah kawasan estet di Ijok DUN bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perang twitter yang boleh dibaca ribuan penyokong pembangkang itu turut meresahkan pemimpin PAS.

Ini berikutan sebuah portal berita siar semua twitter itu ‘online’ tanpa tapis yang menyebabkan semua orang boleh baca.

Buktinya apabila, AJK PAS Pusat Dr Lo Lo’ Ghazali yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa pun ‘join’ tweet sama – yang jelas menegur perbuatan selak kain di khalayak ramai ini.

Dia tweet Gobala: “Cakap terus dengan DS (Anwar) apapun masalah dalaman, kenapa tweet kepada umum. Direct message/sms ” kata beliau yang memang selama ini kuat pertahan PKR .

Cuma kalau Gobalakrisnan pandai dia patut jawab, “habis kenapa awak pun tweet marah saya pada umum juga?”

Ini baru cerita twitter mereka berdua. Belum lagi lain-lain yang dengar cerita turut adu komplen mengenai lantikan-lantikan yang dibuat. -18/12/2010

:::::::::::

Apa pilihan kecuali terpaksa buat muka seposen…

Oleh: HELME HANAFI

Hati remuk redam, tetapi no way out . Mungkin itu jadi penyebab sebilangan pemimpin PKR yang tak puas hati dengan segala macam caca marba semasa pemilihan parti itu terpaksa ‘akur’ sahaja.

Antaranya orang macam Mustapa Kamil Ayub, calon tewas jawatan Timbalan Presiden pernah bising seketika. Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang kalah pada pemilihan Naib Presiden juga boleh masuk dalam kategori itu.

Siapa yang tak makan hati. Beliau adalah antara orang lama yang kerap terpekik terlolong tampil bagai hero apabila ada hal sana sini termasuk dalam sidang Dewan Rakyat.

Alih-alih ada orang lain – yakni peguam N Surendran yang tidak begitu dikenali berdesup masuk sebagai Naib Presiden lantikan mewakili kaum India.

Kata orang marah tetap marah tapi bila pusing kiri…pusing kanan apa pilihan melainkan terpaksa buat muka seposen.

Cuma yang agak terus berani sikit sampai sekarang ialah calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Dari kenyataan media yang dibuatnya jelas kedudukan beliau boleh diibaratkan ‘luah mati emak, telan mati bapak’.

Chegu Bard yang kalah tipis dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin berebut jawatan Ketua AMK ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR.

Ramai pemerhati politik melihatnya tidak lebih sebagai jawatan ‘ tutup mulut’ sahaja.

Kata beliau, “Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup manipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi.”

Sekali baca, macam beliau nak tolak jawatan itu, pun begitu pada masa yang sama kata lantikan itu satu perhormatan dan amanah besar sehingga menyebabkan beliau perlu bincang dengan semua teman dan keluarga terlebih dahulu.

Jelas Chegu Bard lagi, beliau masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan yang beliau dan ahli PKR ajukan kepada pucuk pimpinan parti itu.

“Saya akur dengan nasihat Setiausaha Agung Saifuddin Nasution agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung,” katanya.

Sumber Agendadaily kata Chegu Bard dalam dilema sakan, antara hendak terima kerana ‘akur’ atau mempertahankan prinsip.

Ini kerana beliau yang sebelum ini sudah buat kenyataan tolak keputusan pemilihan PKR ini.

“Kalau dia terima, penyokong-penyokong dia yang selama ini berdiri teguh pertahankan beliau akan kata dia tak ada prinsip dan boleh ‘dibeli’ dengan jawatan.

“Kalau dia tak terima pula sudah pasti pemimpin parti akan lanyak dia macam selalu mereka buat pada orang yang berani melawan cakap tauke,” kata sumber tersebut.

Sudahnya Chegu Bard berada di tengah-tengah persimpangan.

Lebih memburukkan keadaan, apabila lawan Chegu Bard yang tarik diri Rafizi Ramli pula dilantik ke jawatan utama sebagai Pengarah Strategi PKR.

Tentulah sukar membayangkan, saingan kita yang tarik diri kerana kurang pencalonan tiba-tiba dilantik ke jawatan yang lebih tinggi lagi.

Dengar kata, bukan Chegu Bard sahaja yang kecewa, malah Shamsul yang menang jawatan ketua AMK pun ada ‘protes dalam diam’.

Mungkin beliau sedar risiko terlajak perahu kalau tumpang semangkuk buat bising.

Silap haribulan impian nak jadi calon pilihanraya pun melepas.-20/12/2010

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.