1,000,000FansLike

BEERSIH 2.0 – Guna Media Antarabangsa Burukkan Imej Negara

 

 

Perdana Menteri hari ini tidak menolak penganjur perhimpunan haram Sabtu depan merancang untuk menggunakan media antarabangsa bagi memburukkan imej negara.

Semuanya melalui tindakan penguatkuasaan yang mungkin terpaksa diambil polis sekiranya yang terbabit berdegil untuk meneruskannya sehingga mendorong provokasi.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI.Mereka akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan secara negatif kerajaan Malaysia. Kalau sekiranya mereka boleh buat provokasi pada kita sehinggakan kita terpaksa menggunakan sesuatu yang mereka boleh gambarkan sebagai menggunakan kezaliman terhadap mereka.

Bila ada demonstrasi seperti ini, ada orang nak  tumpang semangkuk jadi mungkin ada mereka yang berfahaman komunis, ada mereka yang merupakan kaki pengacau, mungkin ada mereka yang suka berhimpun sebab suka pada keadaan yang liar dan keadaan yang boleh menaikkan semangat mereka dan sebagainya.

Sekaligus kumpulan itu juga akan cuba menggambarkan kerajaan bersifat autokrasi dan kuku besi serta tidak liberal kerana menolak perbuatan yang mereka ingin lakukan.

Related Stories