BEERSIH 2.0 – Jeyakumar dan 5 Ahli PSM Ditahan Mengikut Ordinan Darurat

0
140

 

Sementara itu, anggota parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar dan 5 ahli Parti Sosialis Malaysia, PSM, ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana terbabit dengan anasir subversif.

Penahanan semula itu sebaik reman terhadap mereka berakhir hari ini.

DATUK SERI KHALID ABU BAKAR/ TIMB KETUA POLIS NEGARA.
Daripada maklumat yang kita temui mereka yang kita tangkap tadi ada terlibat dengan pihak-pihak dari luar negara dan juga telah diresapi anasir subversif dan orang itu kita tahan mereka untuk jalankan siasatan lanjut.

Katanya penahanan mengikut Seksyen 3 Kurungan Satu Ordinan Darurat 1969.

Mereka ditahan pada jam 1.20 tengahari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang.

Keenam-enam mereka sebahagian daripada 30 yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Sabtu lalu.

Kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan ke atas Yang Dipertuan Agong.

Menurut Datuk Seri Khalid, pihaknya akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang dari kumpulan berkenaan disambung reman.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.