JMM Desak Majlis Peguam Lebih Profesional.

0
145
JMM

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia, JMM hari ini mendesak agar Majlis Peguam bertindak profesional sepertimana yang dinyatakan dalam fungsi utama badan itu.

Apa yang jelas, Majlis Peguam kini dilihat telah disalahguna oleh beberapa ahlinya untuk kepentingan parti politik tertentu.

JMM

Suara desakan itu dilakukan kira-kira 50 ahli JMM di hadapan pejabat Majlis Peguam di ibu negara selepas solat Jumaat.

Satu memorandum diserahkan oleh Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah kepada wakil Majlis Peguam.

JMM mendesak supaya ahli Majlis Peguam meletak jawatan sekiranya mereka lebih cenderung melibatkan diri dalam isu parti politik.

Menurut JMM, tindakan Majlis Peguam menolak keputusan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock sebagai membunuh diri dipercayai atas dorongan parti politik tertentu.

Ia juga dilihat mencabar keputusan badan perundangan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.