Jumlah Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Beberapa Laluan

0
147

Pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), kebanyakannya untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri membuatkan beberapa laluan trafik bergerak perlahan.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, trafik perlahan di arah selatan dari Nilai ke Seremban di Km284 hingga Km273.

“Trafik turut bergerak perlahan menghala ke ibu negara bermula dari Senai ke Kulai, Johor,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Plus melalui twitter pada pukul 4.11 petang tadi melaporkan trafik juga bergerak perlahan selepas Tapah ke Gua Tempurung, Perak arah utara dan setakat pukul 3.35 petang tadi, trafik kembali lancar dari Slim River menghala ke Sungkai.

Twitter Plus turut melaporkan dua kemalangan iaitu di Plaza Tol Sungai Besi pada pukul 4.28 petang dan di Km275.2 arah selatan dari Nilai ke Seremban pukul 3.24 petang.

Tiada sebarang penutupan lorong dilakukan dan keadaan trafik masih terkawal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.