1,000,000FansLike

Kalah di Melaka tak jejas PN – Muhyiddin

MELAKA: Kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak menjejaskan gabungan Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU itu menegaskan, PN termasuk parti diterajuinya akan terus menjadi wadah politik kepada rakyat Malaysia dan bakal menjadi pencabar utama Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

“Kita sudah berhijrah dan yakin prinsip asas BERSATU dan PN tidak lain menawarkan suatu bentuk parti mendokong kerajaan yang lebih baik dan prinsip ketelusan. Apakah saya akan tinggalkan parti saya dan kembali kepada parti asal saya (UMNO)? Itu sesekali tidak akan berlaku.

“Rakyat ada pilihan untuk membuat pertimbangan supaya kita dapat tawarkan sesuatu yang lebih baik,” katanya pada sidang media di sini selepas mengadakan perjumpaan lebih dua jam dengan barisan kepemimpinan tertinggi PN.

PN hanya menang dua daripada 28 kerusi yang ditandinginya dalam PRN Melaka, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan DUN Bemban.

Muhyuddin berkata, PN akan menjalankan kajian mendalam berkaitan kekalahan dalam PRN Melaka, dengan tumpuan kepada peratusan pengundi keluar yang rendah, jentera parti serta beberapa masalah lain.

“Kekalahan ini akan menjadi pengajaran dan panduan langkah seterusnya yang akan diambil PN dalam pilihan raya akan datang. PN bersedia apa-apa saja kemungkinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum dan PRN, ia adalah jihad dan kita mahu pengundi beri penilaian yang adil apa yang kita pertaruhkan,” katanya.

Tambahnya, kerjasama dengan kerajaan di peringkat Persekutuan yang sedia terjalin sebelum pilihan raya tidak terjejas supaya tidak mengganggu proses membantu rakyat ketika COVID-19.

“Pengalaman di Melaka akan ambil kira kedudukan kita pada masa akan datang,” katanya.

N1 Kuala Linggi BN-UMNO ROSLI ABDULLAH
N2 Tanjung Bidara BN-UMNO DATUK SERI AB RAUF
N3 Ayer Limau BN-UMNO DATUK HAMEED BASHEER
N4 Lendu BN-UMNO DATUK SERI SULAIMAN MD ALI
N5 Taboh Naning BN-UMNO ZULKIFLEE MOHD ZIN
N6 Rembia BN-UMNO DATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
N7 Gadek BN-MIC P SHANMUGAM
N8 Machap Jaya BN-MCA NGWE HEE SEM
N9 Durian Tunggal BN-UMNO ZAHARI ABD KALIL
N10 Asahan BN-UMNO FAIRUL NIZAM ROSLAN
N11 Sungai Udang PN-BERSATU DR MOHD ALEEF YUSOF
N12 Pantai Kundor BN-UMNO TUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
N13 Paya Rumput BN-UMNO DATUK RAIS YASIN
N14 Kelebang BN-MCA DATUK LIM BAN HONG
N15 Pengkalan Batu BN-UMNO DATUK KALSOM NOORDIN
N16 Ayer Keroh PH-DAP KERK CHEE YEE
N17 Bukit Katil PH-AMANAH ADLY ZAHARI
N18 Ayer Molek BN-UMNO DATUK RAHMAD MARIMAN
N19 Kesidang PH-DAP SEAH SHOO CHIN
N20 Kota Laksamana PH-DAP LOW CHEE LEONG
N21 Duyong BN-UMNO MOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
N22 Bandar Hilir PH-DAP LENG CHAU YEN
N23 Telok Mas BN-UMNO DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
N24 Bemban PN-BERSATU DR MOHD YADZIL YAAKUB
N25 Rim BN-UMNO DATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
N26 Serkam BN-UMNO DATUK ZAIDI ATTAN
N27 Merlimau BN-UMNO DR MUHAMAD AKMAL SALEH
N28 Sungai Rambai BN-UMNO SITI FAIZAH ABDUL AZIS

Related Stories