Kelab Putera IMalaysia Telah Serah Laporan Kematian Noramfaizul Kepada Perdana Menteri – Azeez

0
150
Datuk Abdul Azeez Rahim (kanan) mendengar ucapan ibu, Naemah Abdul Majid selepas majlis tahlil Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Masjid Al-Islah Serdang Raya Malam tadi.
Datuk Abdul Azeez Rahim (kanan) mendengar ucapan ibu, Naemah Abdul Majid selepas majlis tahlil Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Masjid Al-Islah Serdang Raya malam tadi.

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata beliau telah menyerahkan laporan mengenai kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan bila laporan itu disampaikan kepada Najib..

“Jadi, adalah lebih baik Perdana Menteri yang mengumumkan laporan penuh berkaitan tragedi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk Allahyarham di Masjid Al-Islah, Serdang dekat sini malam ini.

Kira-kira 200 orang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif BernamaTV Synergy Sdn Bhd Engku Emran Engku Zainal hadir pada majlis itu.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia pada Jumaat lepas setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.

Abdul Azeez berkata pihaknya akan menguruskan tuntutan insurans yang diambil oleh Kelab Putera 1Malaysia bagi melindungi anggota misi itu berikutan kematian Noramfaizul yang akan disampaikan kepada ibu bapa Allahyarham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.