Kemalangan Feri Di Sulawesi – 12 Penumpang Feri Windu Karsa Maut

0
190

Sulawesi – Seramai 12 orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi feri karam di Sulawesi. Kejadian berlaku pada 12:30 tengahmalam waktu tempatan (27/8/2011) ketika feri sedang dalam perjalanan menuju ke Kolaka, Sulawesi Tenggara dari Bajoe di Silawesi Selatan.

Pada jam 2 petang kesemua yang berjumlah 105 orang telah berjaya dibawa keluar dari tempat kemalangan dengan 12 orang disahkan meninggal dunia.

Mereka yang terselamat dikejarkan ke hospital berhampiran

Feri yang berkemampuan membawa 360 penumpang itu masih dalam keadaan baik dan kemalangan tersebut berlaku akibat angin kencang dengan kelajuan 11 – 35km/jam dengan ketingguan ombak mencecah 2-3 meter.

Menurut Menteri Perhubungan Indonesia, Leon Muhammas kerana feri tersebut sudah hampir sampai ke destinasi menyebabkan ramai yang dapat diselamatkan. Sekiranya tenggelam di tengah laut, lebih ramai yang akan korban.

Perjalanan feri dari Bajoe ke Kolaka mengambil masa kira-kira 9 jam membawa penumpang yang hendak pulang menyambut Aidilfitri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.