1,000,000FansLike

Keputusan Liga Perdana Inggeris – Liverpool Tersungkur

PEMAIN Tottenham Hotspur, Scott Parker (kanan) bersaing dengan pemain Liverpool, Lucas Leiva dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di London, malam tadi. Tottenham tewaskan Liverpool 4-0

 

Man Utd 3 Chelsea 1;

Tottenham Hotspur 4 Liverpool 0;

Fulham 2 Man City 2;

Sunderland 4 Stoke 0.

Man United unggul tewaskan Chelsea 3-1

LONDON: Manchester United memoamerkan kelas tersendiri apabila menumpaskan pesaing terdekatnya, Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi.

Gol pembukaan United diperoleh seawal minit ke-7 menerusi Chris Smalling diikuti Nani pada minit ke-37.

Penyerang England, Wyane Rooney menambah koleksi jaringan pada minit ke-40 untuk memastikan United mendahului 3-0 selepas tamat separuh masa pertama.

Chelsea memperoleh gol tunggal menerusi penyerang termahal liga, Fernando Torres pada minit ke-46.

Dengan kemenangan itu, Manchester United kekal di tangga teratas liga dengan 13 mata, dua mata di depan Manchester City manakala Chelsea di tempat ketiga dengan 12 mata.

Related Stories