Kereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Merah

0
272

 

Dipercayai berang dengan tindakan tegas SPRM Putrajaya menggempur lori pasir sekitar Selangor dan Perak, kereta Penolong Kanan Penguatkuasa SPRM, Mohd Yussof Zakaria disimbah cat merah.

Kejadian disedarinya 7.15 pagi tadi ketika hendak keluar bertugas.

Kereta di letak di luar perkarangan rumah itu di percayai disimbah cat oleh individu yang dipercayai marah dengan operasi dijalankan minggu lepas.

Mohd Yussof kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid yang dihubungi mengesahkan kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.