Kes liwat – Anwar Ibrahim Bela Diri 6 Jun

0
271

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati ada kes prima facie terhadap tertuduh.

6 hingga 30 Jun depan ditetapkan untuk ketua pembangkang itu bela diri.

Dalam hujah penghakiman yang berlarutan lebih sejam, Datuk Mohd Zabidin berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti diketengahkan pihak pendakwaraya.

Mahkamah, katanya, mendapati Mohd Saiful saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi pakar iaitu berlaku penetrasi.

Mangsa juga berada di kondominium berkenaan semasa kejadian.

Keputusan dibuat selepas 59 hari perbicaraan.

Datuk Seri Anwar sebelum itu tiba di mahkamah kira kira 8.45 pagi.

Peguam Datuk Seri Anwar, Sankara nair memberitahu, 30 saksi akan dipanggil beri keterangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.