MiM faham hujah Dr Brian McDonald yang membangkitkan isu sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) – ASCLD/LAB – INTERNATIONAL Accreditation.
Tetapi satu perkara penting yang kita perlu tahu ialah Jabatan Kimia Malaysia termasuk di dalam program legasi ASCLD/LAB (LEGACY Program).
Sijil Akreditasi LEGACY terbaru adalah seperti di bawah :-
Manakala, surat pemanjangan tempoh akreditasi legasi ASCLD/LAB adalah seperti di bawah :-
Mungkin blogger pro-pembangkang tidak faham content surat di atas.
Ianya satu tempoh pemanjangan akreditasi legasi kerana Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berada di dalam transisi bertukar program dari pada LEGACY program ke INTERNATIONAL program.
Maksudnya, sijil yang akan JKM terima selepas ini ialah sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) – ASCLD/LAB – International Accreditation.
TETAPI tanpa sijil itu bukan bermaksud JKM tidak ada kredibiliti di dalam tugasan dan penilaian mereka sebelum ini.
Dan jika rujuk web ASCLD/LAB klik sini , sejak tahun 2004, ASCLD/LAB telah membentuk sistem pengiktirafan akreditasi ‘dual-track’ yang membolehkan makmal MEMILIH di antara :-
1. Program yang panjang, didesign dan dikenali sebagai ASCLD/LAB Legacy Program.
2. Program baru yang dikenali sebagai ASCLD/LAB-International Accreditation Program iaitu standrd ISO17025 ditambah dengan keperluan spesifik forensik daripada ASCLD/LAB LEGACY Program.
Daripada 2 pilihan di atas, Jabatan Kimia Malaysia memilih nombor 1.
Dan seperti Anwar Ibrahim yang memilih option nombor 2 iaitu berhujah tanpa dicross-examine oleh pendakwaraya, Jabatan Kimia Malaysia tidak bersalah untuk memilih program LEGACY.
Makanya, apabila terdapat blogger pro-pembangkang yang dengan bangga kononnya berjaya kantoikan blogger UMNO dengan sijil di bawah, MiM amat pasti blogger tersebut tidak tahu langsung tentang perincian isu akreditasi!
Di bawah ialah sijil akreditasi ASCLD/LAB – International, salah satu dua pilihan yang diberikan kepada sesebuah makmal.
Dan sudah tentu Jabatan Kimia tidak mempunyai sijil di bawah kerana jabatan itu pilih program yang lain iaitu LEGACY program!
TETAPI tanpa sijil di bawah, kredibiliti JKM di dalam tugasan dan penilaian mereka tetap terjamin di bawah ASCLD/LAB.
MiM sarankan kepada blogger pro-pembangkang itu supaya rajin bertanya sebelum menulis artikel. Dalam hal ini, bukan blogger UMNO yang kantoi tetapi si empunya blogger pro-pembangkang itu sendiri!
MALU!
Sila lihat Laman Web Rasmi Jabata Kimi Malaysia mengenai pencapaian:
Bahagian Forensik Kimia Malaysia telah diakreditasi kepada ASCLD-LAB ® (“American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board”) sejak 19 Oktober 2005. Bahagian ini telah diakreditasi dan diiktiraf dalam bidang “Controlled Substances, Toxicology, Biology (Serology and DNA), Firearms/Toolmarks and Questioned Documents”.
Kimia Malaysia berbangga untuk menjadi makmal kesepuluh diluar Amerika Syarikat untuk mendapat pengiktirafan persijilan ASCLD-LAB, kerana pencapaian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan sains forensik yang ditawarkan oleh Kimia Malaysia telah memenuhi syarat-syarat akreditasi ASCLD-LAB dan merupakan makmal yang setanding dengan makmal-makmal forensik antarabangsa.
Baca seterusnya di Blog MiM http://novandri.blogspot.com/
Kes Liwat AI – Apabila Blogger Otai Pembangkang TERSEMBAM Cuba Tunjuk Terer Pada Blogger UMNO !