SPRM diminta siasat kos penyenggaraan dan membaiki kenderaan Yayasan Selangor yang dilaporkan berjumlah RM6 juta sepanjang 11 bulan tahun lalu.
Satu angka yang tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus.
Ketika menyarankan demikian, beliau berkata jumlah itu terlalu besar kerana ia hanya membabitkan kerja baik pulih dan penyenggaraan dan bukannya pembelian kenderaan baru.
Laporan audit dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor terhadap Yayasan itu menyatakan sebanyak kira-kira 6 juta dibelanjakan sepanjang Januari hingga November 2010 untuk tujuan itu.
Abdul Shukor yang juga Adun Kuang berkata, berdasarkan laporan audit itu, kos terbabit naik mendadak sejak sebuah syarikat ambil alih kerja-kerja itu.