1,000,000FansLike

Lynas – Pemuda UMNO Lapor Polis Isu Tohmahan Fuziah

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota membuat laporan polis berhubung tindakan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh membuat tohmahan berterusan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Gebeng.

Laporan dibuat Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota Suhaimi Sulong di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada kira-kira 4 petang hari ini.

Suhaimi berkata, Fuziah dilihat masih membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang itu dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar bandar ini.

“Tindakan beliau perlu dihentikan kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram kepada penduduk Kuantan. Tindakan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk di daerah ini mengenai tahap keselamatan mereka berdasarkan fakta yang tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Related Stories