Malaysia Tewas Tipis kepada Chelsea

0
221
Pemain bola sepak Chelsea, Fernando Torres (kanan) dan bintang bola sepak Malaysia S.Subramaniam menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pemain bola sepak Chelsea, Fernando Torres (kanan) dan bintang bola sepak Malaysia S.Subramaniam menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Skuad Pilihan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Gol The Blues dijaringkan penyerangnya, Didier Drogbar pada minit ke-78 melalui jaringan kontroversi yang dibantah oleh pemain Malaysia yang mendakwa bola tidak melepasi garisan gol.

Bagaimanapun pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengesahkan jaringan tersebut.

Pada minit-minit terakhir anak-anak buah Ong Kim Swee cuba memberi tentangan sengit kepada pasukan Chelsea yang dibarisi pemain-pemain bintang mereka, bagaimanapun sia-sia.

MALAYSIA:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

CHELSEA FC:

Separuh masa pertama: Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua: Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogbar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.