Nik Aziz belum sedia terima cadangan tidak bubar DUN

0
136
Suruhanjaya Pilihanraya

KOTA BHARU 25 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan pakatan pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.

“Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.

“Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi,” katanya di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.