Nik Aziz Sokong Penubuhan Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya

0
142
Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, Jumaat

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya serta mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha Perdana Menteri menubuhkannya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berharap penubuhan jawatankuasa itu merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah hari raya kepada anggota pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di sini Selasa.

Penerima juadah itu terdiri Pasukan 8 Briged Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa; Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentara Laut Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.