SRI AMAN: Seorang wira negara menyarankan supaya kerajaan melancarkan kempen publisiti secara meluas mengenai ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Kanang anak Langkau, bekas Pegawai Waran 1, yang pernah terbabit dalamoperasi memburu komunis, berkata generasi sekarang tidak akan memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini pada 1948 hingga 1960.
“Salah satu cara menimbulkan kesedaran rakyat tentang fahaman komunis adalahdengan menceritakan sejarah ideologi komunis di Malaysia yang membawa kepadapembunuhan beramai-ramai pada zaman itu,” katanya kepada Bernama di sini Ahad.
Kanang, yang berusia 67 tahun, merupakan satu-satunya penerima kedua-duaanugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) dan masih hidup.
Katanya cubaan menghidupkan semula ideologi komunis mungkin terselindung disebalik kemajuan teknologi dan maklumat dalam internet sehingga gagal dikesanoleh kerajaan.
“Adalah penting bagi rakyat dan kerajaan mengesan elemen-elemen ini padaperingkat awal lagi,” katanya. Sambil menyokong tindakan tegas polis dalam menjaga ketenteraman awam,Kanang berkata sudah tiba masa bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA) bagi memberi isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menyebarkan ideologi komunis di negara ini.
Beliau juga mencadangkan Kementerian Pelajaran memberi pendedahan mengenaibahaya fahaman komunis kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah.
“Generasi muda perlu diajar menghargai pengorbanan perajurit negara dalammengekalkan keamanan semasa era pemberontakan komunis di negara ini,” katanya Kanang berkata salah satu sebab utama ramai masih jahil mengenai ancamanideologi komunis adalah kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati olehgenerasi muda sekarang.
“Adalah sedih dan tidak sensitif oleh kumpulan tertentu yang cubamenghidupkan semua ideologi komunis…satu tindakan yang tidak menghormatipengorbanan perwira negara dalam mempertahankan keamanan negara pada era itu,” katanya.
Keberanian Kanang dalam operasi memburu penganas komunis tercatat dalamsebuah buku berjudul “Kanang Cerita Seorang Pahlwan” yang ditulis oleh Mejar (B) Maznan Nordin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).