Parkir RM5 Juta di Bukit Bendera: KITA Pulau Pinang Buat Laporan Kepada SPRM

0
121
Tan Tee Beng
Tan Tee Beng

GEORGE TOWN, 5 Sept — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disiasat berhubung pembinaan parkir bertingkat bernilai RM5 juta di Bukit Bendera.

Pengerusi negeri Kita Tan Tee Beng berkata bangunan empat tingkat itu dijadual siap pada suku ketiga 2010, namun sehingga kini ia belum dibuka kepada umum.

“Kami percaya mungkin berlaku beberapa penyelewengan sehingga menyebabkan parkir itu gagal beroperasi selepas siap dibina,” katanya kepada pemberita di depan bangunan SPRM selepas membuat laporan hari ini.

Tan juga berkata jalan di parkir itu terlalu curam dan hanya kereta bersaiz kecil boleh melakukan pusingan sebaik turun kerana ia terlalu sempit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.