Chelsea Bawa Pasukan Terkuat

0
155
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kehadiran sembilan pemain senior termasuk lima bekas pemain kebangsaan dijangka memantapkan skuad Olimpik Malaysia dalam menghadapi kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Khamis ini. Jurulatih pasukan Olimpik, Ong Kim Swee berkata pengalaman pemain senior seperti Hairudin Omar, Farizal Marlias (N.Sembilan), Amri Yahyah (Selangor), S.Subramaniam (Kelantan) dan Shahrulnizam Mustapha (Perak) dapat membimbing pemain muda untuk beraksi dengan baik dan tidak gugup. "Saya berharap keserasian antara mereka akan lebih baik pada hari perlawanan Khamis ini. Semua pemain yang dpanggil akan diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan persahabatan itu," katanya kepada pemberita, di sini. "Saya juga melihat ada dua tiga orang bekas pemain kebangsaan yang dipanggil kali ini juga masih berpeluang untuk mewakili pasukan kebangsaan pada bila-bila masa," katanya. Pasukan Olimpik Malaysia dipilih untuk bertemu Chelsea bagi memberi peluang kepada skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal memberi tumpuan kepada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia menentang Singapura di republik tersebut pada Sabtu ini.
Para pemain Chelsea melayani peminat tempatan yang menunggu ketibaan para pemain kelab terkemuka itu di hotel penginapan mereka di sini, Isnin. Chelsea akan menentang Malaysia pada 21 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Demam Arsenal dan Liverpool sudahpun berlalu.

Kini giliran satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea berada di ibu negara bagi menguji skuad campuran Olimpik kebangsaan Khamis ini.

Seperti dua pasukan sebelumnya sambutan meriah turut mengiringi skuad ‘The Blues’ yang tiba bersama pengurus baru mereka, Andres Villa Boas.

Kecuali Micheal Essien yang cedera, Chelsea membawa semua pemain utama dalam kunjungan ke Malaysia selaku destinasi pertama jelajah Asia mereka.

Memang teruja buat peminat fanatik Chelsea untuk melihat John Terry, Frank Lampard, Petr Cech, Didier Drogba dan tentu sekali penyerang sensasi Sepanyol, Fernando Torres.

Pada sidang media, Andres Villas Boas pengurus termuda EPL dari Portugal pada usia 33 tahun menjelaskan, kunjungan ke Asia bukan saja penting buat Chelsea, tetapi juga medan menilai pemain yang baru dilatihnya.

ANDRES VILLAS BOAS / PENGURUS CHELSEA.
Kami akan beraksi seperti mana kami beraksi sebelum ini dan saya akan menyuntik beberapa elemen baru dalam gaya permainan dan diharap pemain serasi menggunakannnya musim depan.

Selaku pengurus ke enam Chelsea, Boas juga sempat berkongsi perasaannya menduduki kerusi panas di Stamford Bridges.

ANDRES VILLAS BOAS / PENGURUS CHELSEA.
Ia normal dalam bola sepak hanya kemenangan dicari. Ia bukan perkara baru buat saya dan sebagai pengurus itu satu tanggungjawab. Ia sama buat semua pengurus kelab yang lain.

Meskipun ini kunjungan kedua ke Malaysia selepas 2008, ia nyata situasi berbeza buat pemain.

FRANK LAMPARD / PEMAIN TENGAH.
Berbeza kerana ia aksi yang berbeza terutama jika kami merasainya di gelanggang latihan.Kami berlatih lebih keras dan tiada ruang yang tidak diisi.Itu seharusnya dijalani setiap pasukan.

BRANISLAV IVANOVICH / PERTAHANAN.
Kami menyukai situasi ketika ini terutama semasa latihan jadi kami akan beraksi dalam suasana baru dan akan memberi yang terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.