1,000,000FansLike

BEERSIH 2.0 – Perhimpunan Bersih Batal Jika Tuanku Mizan Menitahkannya – ‘Spin’ Ambiga

PETALING JAYA: Perhimpunan haram anjuran Gabungan untuk Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual diadakan Sabtu ini akan dibatalkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya ia tidak diteruskan.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya menjunjung titah Seri Paduka terutamanya supaya diadakan perbincangan mengenai tuntutan yang dibawa oleh Bersih.

Bagaimanapun beliau berharap dapat menghadap baginda dalam masa terdekat untuk menyuarakan hasrat yang diperjuangkanBersih.

Ditanya sama ada perhimpunan Bersih akan dibatalkan sekiranya Tuanku Mizan bertitah agar ia tidak diteruskan, Ambiga berkata:”Ya”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, Isnin

p/s:

Sebenarnya mereka memang ingin membatalkan ekrana tidak mendapat sambuta. Macam2 helah mereka gunakan.

Mengapa mereka mesti tunggu titah Yang diPertuan Agong? BEERsih boleh berbincang dengan SPR dalah hak membabitkan SPR. Tiada keperluan bagi Yang DiPertuan Agong menemua kumpulan HARAM. Sura majoriti rakyat Makaysia yang telah memilih kerajaan sekarang melalui proses demokrasi yang mesti diterima.

Cukup sekali Tuanku bertitah mengenai BEERsih kelmarin. Sekarang ini tindakan seterusnya kita serahkan kepada pasukan keselamatan negara. Biarkan pasukan keselamatan bertindak mengikut proses undang-undan.

Terima kasih pasukan keselamaan yang telah bertungkus lumus memastikan keamanan negara.

Related Stories