Perkhidmatan Komuter Rawang-Seremban Pulih

2
258

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Perkhidmatan tren KTM Komuter untuk laluan Rawang-Seremban yang tergendala sejak petang pulih pada pukul 11.30 malam.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata gangguan didapati berpunca daripada masalah teknikal yang menyebabkan tren tersebut tidak dapat bergerak.

Menurut kenyataan tersebut, perkhidmatan komuter masih beroperasi seperti biasa tetapi kesemua laluan yang melalui Salak Selatan-Seremban-Rawang mengalami kelewatan melebihi satu jam kerana hanya satu landasan dapat digunakan ekoran insiden tersebut.

Gangguan yang bermula pukul 6.11 petang melibatkan kira-kira 300 penumpang dan mereka telah dipindahkan menggunakan set komuter yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.