PH tak setuju one-off RM10 ribu i-Citra kerana tak mahu UMNO dilihat pembela rakyat - ulekmayang.com

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberikan jawapan kenapa ramai pemimpin Dap dan PKR tidak setuju permintaan rakyat agar dibenarkan pengeluaran kali terakhir caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM10 ribu.

Katanya, ini kerana Pakatan Harapan (PH) amat terikat MoU Kerajaan-PH dan mereka takut kehilangan peruntukan RM2.8 juta setiap Parlimen.

“PH juga tidak mahu UMNO dilihat pembela rakyat jika cadangan pengeluaran one off RM10 ribu itu dilaksanakan. Hujah mereka amat dangkal,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkaitan isu terbabit.

Tegas Puad, sedangkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengemukakan langkah susulan jika ia dilaksanakan.

“Antaranya, naikkan semula kadar caruman majikan. Struktur semula kadar dividen mengikut multi-tier. Beri projek-projek lumayan pada KWSP.

“Lagi pun tiada paksaan. Beri kebenaran pada yang memerlukan. Yang tidak perlu, mereka boleh terus menyimpan. UMNO-Najib bukan buat cadangan membabi buta. PH tak baca habis,” bidasnya lagi.

Sebelum ini, hasil cadangan daripada kepimpinan UMNO maka kerajaan telah memperkenalkan inisiatif menerusi KWSP i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang membolehkan orang ramai mengeluarkan dana persaraan mereka.

Tindakan ini dilaksana bagi membantu pencarum yang terjejas akibat kegawatan ekonomi ekoran pandemik COVID-19.

Untuk itu, kerajaan digesa sekali lagi meluluskan pengeluaran one-off RM10 ribu untuk kali yang terakhir bagi memudahkan rakyat memulakan penghidupan baharu.

BACA juga:

Original Article

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox