PM Pertahankan Pemansuhan ISA

0
192

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Kajian semula beberapa akta berkaitan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, adalah sebagai satu transformasi politik negara dalam perihal menjaga hak asasi manusia.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI

“Justeru itu sudah sampai masa kita melangkah sederap lagi ke depan bawa negara kita sebagai negara yang tinggi perjalanan bukan saja ekonomi, sosial, pendidikan tapi pegangan kepada prinsip demorasi Parlimen. Kita nak letakkan antara yang terbaik di dunia ini. Ini kerana kita yakin dan percaya bahawa kita perlu sebuah negara moden dan progresif.”

Datuk Seri Najib berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau selaku Ahli Parlimen Pekan, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.

Pemansuhan dan kajian semula akta itu diumumkan Perdana Menteri menerusi ucapan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Khamis lalu.

Ia signifikan dengan cita-cita negara untuk melakar pembangunannya melalui sektor pendidikan, sosial dan sistem demokrasi berparlimen yang lebih komprehensif serta sejajar dengan kehendak semasa.

Justeru, sokongan semua pihak dan masyarakat amat diperlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.