BEERSIH 2.0 – Polis Disaran Siar Segera Rakaman Video 9 Julai

0
107

 

..
Polis perlu menyiarkan segera rakaman video mengenai usaha pihak berkuasa itu menangani perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi menangkis tohmahan pembangkang yang cuba memburukkan tindakan polis yang hanya menguatkuasakan undang-undang.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/TIMBALAN PERDANA MENTERI
“Untuk patahkan pembohongan dan putarbelit pembangkang polis sedia bahan bukti video, kenyataan umum. Elok dikemukakan, biar rakyat nilai siapa di pihak benar. Jangan biar hanya satu pihak seolah apa yang dilaku pihak berkuasa luar biasa.”

Menurut Tan Sri Muhyiddin, rakyat perlu menilai secara wajar, apa berlaku pada perhimpunan haram yang didalangi pembangkang itu.

Ia termasuk tindakan provokasi oleh pengacau yang mencabar pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.