#PRNMelaka: Najib berterima kasih kepada ahli akar umbi Pas - ulekmayang.com

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan penghargaan kepada akar umbi Pas di Melaka yang turut memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) atas dasar dan semangat Muafakat Nasional (MN) di kawasan-kawasan tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi hala tuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan (MN) dan hanya mahukan yang terbaik.

“Persaudaraan yang terjalin atas semangat perjuangan dan keikhlasan tidak akan terputus.

“Barisan Nasional, genggamlah dengan erat mandat rakyat ini. Perkukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kita. Ayuh kita berjuang dan membela rakyat!,” tulisnya di laman Facebook sebentar tadi.

Pada masa sama, Najib turut melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera BN, komponen-komponen dan para penyokong yang telah berusaha berkempen untuk kemenangan rakyat ini.

“Tahniah kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan atas kemenangan BN di Melaka,”ujarnya.

 

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox