1,000,000FansLike

Remaja 14 tahun hamil tiga bulan, jalin hubungan seks dengan 2 lelaki

  • Kejadian itu terbongkar susulan mangsa hadir ke Klinik Kesihatan di sini untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
  • Remaja berkenaan mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berbeza berusia 22 dan 17 tahun.
  • Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

PASIR MAS: Remaja berusia 14 tahun disahkan hamil tiga bulan selepas dipercayai dirogol dua suspek secara berasingan di rumahnya di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kejadian itu terbongkar susulan mangsa hadir ke Klinik Kesihatan di sini untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung sebelum kes berkenaan dimaklumkan kepada polis.

Katanya, hasil soal siasat mendapati remaja berkenaan mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berbeza berusia 22 dan 17 tahun iaitu pada 19 Februari dan 28 Mac di bilik tidur di rumah neneknya.

“Remaja terbabit mengaku perbuatannya melakukan hubungan seks dengan suspek berusia 17 tahun disedari datuknya, namun lelaki itu bertindak melarikan diri melalui pintu utama.

“Bagaimanapun suspek kembali semula ke rumah berkenaan selepas dipanggil dan hasil perbincangan dengan ibu lelaki itu, dia bersetuju memastikan anak lelakinya bertanggungjawab atas perbuatan yang mereka lakukan.

“Selepas menyedari usia kandungan semakin bertambah, mangsa datang ke klinik kesihatan sebelum diarahkan oleh pegawai kesihatan bertugas untuk merujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II kerana hamil di bawah umur,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, suspek sudah dikenal pasti usaha untuk menangkapnya dilakukan dengan kadar segera bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, mangsa dimaklumkan sudah berhenti sekolah dan tinggal bersama datuk serta nenek sejak berusia setahun,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan sentiasa mengawal pergerakan serta aktiviti anak-anak agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini selain memerhatikan aktiviti bersosial mereka.

Related Stories