Roslan Abdullan Timbalan CEO Proton - ulekmayang.com

Proton mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 Januari 2022.

Beliau sebelum ini menjawat Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn. Bhd. sejak 1 Jun 2020.

Pemegang ijazah Sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom itu mempunyai pengalaman selama tiga dekad dalam bidang automotif termasuk di Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), Isuzu Hicom Malaysia dan Honda Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, Roslan telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pengurusan Proton dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan, khususnya pengukuhan fungsi bahagian pemasaran dan jualan.

“Saya yakin kami mampu menjalinkan kerjasama erat untuk memacu syarikat ke arah kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Proton turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Radzaif Mohamed, yang bersara sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Disember 2021.

Dilantik ke jawatan tersebut pada 1 April 2016, beliau telah memainkan peranan penting dalam memantau proses sehingga termeterainya perkongsian di antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding (Geely), seterusnya membantu membawa syarikat ke kedudukan terkini dalam industri.

BACA juga:

Original Article

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox