Rumah Terbuka Aidilfitri BN Selangor Bersama PM Di I-City

0
117

Undilah Barisan Nasional

SHAH ALAM, 12 Sept  — Orang ramai dijemput menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di i-City, Seksyen 7, di sini, pada Sabtu ini.

Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Radin Mokhtar Md Yusof berkata rumah terbuka Aidilfitri 1Malaysia BN Selangor bersama perdana menteri akan bermula pukul 4 petang hingga 10 malam.

Katanya dalam kenyataan, orang ramai akan berpeluang menikmati pelbagai juadah menarik pada rumah terbuka itu selain dihiburkan dengan persembahan hiburan artis tempatan.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai akan dikecualikan daripada membayar bayaran letak kereta RM5 dan pihak yang bertanggungjawab akan memastikan kelancaran lalulintas di tapak majlis serta laluan keluar masuk ke kawasan i-City

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.