1,000,000FansLike

Selepas Mahathir, Muhyiddin Pula Melutut Jumpa Anwar

Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pada Rabu berjumpa melutut dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah untuk mendapatkan publisiti sokongan simpati.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad juga mengambil langkah bertemu dengan individu yang pernah beliau zalimi apabila hadir ke mahkamah dan bersalaman dengan Anwar yang suatu masa dahulu dipecatnya pada 1998.

Muhyiddin semasa ditemui wartawan memberikan alasan beliau hadir untuk memberi sokongan moral kepada Anwar yang disifatkan sebagai ‘ketua umum’ PKR.

Selepas selesai perbicaraan, Muhyiddin turut bertemu Anwar di bilik saksi kira-kira 30 minit .

Ketika ditanya apakah perbincangan bersama bekas ketua pembangkang itu, Muhyiddin hanya tersenyum dan enggan menjawab soalan.

Bagaimanapun katanya, sebagai presiden PPBM, penting untuk dirinya berjumpa Anwar bagi menjalin kerjasama bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Beri sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar dalam perbicaraan yang sedang berjalan. Dah lama tak jumpa.

“Lebih-lebih lagi beliau adalah de facto PKR, saya rasa penting sebagai presiden PPBM untuk jalinkan hubungan supaya kerjasama kita harap akan terjalin dan akan jadi satu kenyataan.

“Jadi kita harap dengan ini, kerjasama yang hendak kita jalin untuk (membina) satu pakatan yang kukuh untuk hadapi BN pada pilihan raya umum akan datang akan dapat dilaksanakan,” katanya.

Related Stories