1,000,000FansLike

Siapa calon Perdana Menteri pembangkang, Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin? – @VellPaari

KENYATAAN MEDIA
DATO SRI S.VELL PAARI

1. Nampaknya pihak pembangkang semakin huru – hara apabila antara mereka sendiri tidak dapat membuat keputusan siapakah calon Perdana Menteri yang mereka hendak ketengahkan pada pada Pilihan Raya Umum (PRU) – 14 yang akan datang.

2. Malaysiakini melaporkan bahawa Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri  jika pembangkang menang pada PRU – 14 yang akan datang. [Rujukan: http://m.malaysiakini.com/news/357024.].

3. Namun, pandangan serta pendapat Dr. Mahathir Mohamad ini nampaknya tidak dipersetujui oleh DAP apabila tidak sampai 24 jam pemimpin kanan DAP, Tony Pua telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak bersetuju dengan pemilihan Dr. Mahathir Mohamad dan mahukan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka. [Rujukan : https://m.malaysiakini.com/news/357066.].

4. Ini membuktikan bahawa pihak pembangkang, terutamanya DAP hanya menggunakan Dr. Mahathir Mohamad untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU – 14 akan datang dan mereka langsung tidak percaya akan kebolehan Muhyiddin Yassin untuk memimpin pakatan pembangkang.

5. Ini juga menunjukkan bahawa Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin hanya hendak bekerjasama dengan pihak pembangkang terutamanya DAP namun sebenarnya mereka ini hanya dipergunakan untuk pecahkan undi orang Melayu. DAP juga yang untung dalam kerjasama ini.

6. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu pihak pembangkang bahawa BN bukan seperti mereka, suka bergaduh sesama sendiri. Calon Perdana Menteri bagi BN adalah Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan tidak menerima bantahan mana – mana parti komponen.

7. Kami sepakat bekerjasama untuk memastikan Malaysia terus maju demi kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama.

20160929-vell-pari

Related Stories