Tak Perlu Bayar Yuran Pendaftaran IPTA

0
90

Lebih 41 ribu pelajar baru ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi sesi akademik 2011 – 2012, tidak perlu membayar yuran pendaftaran apabila memulakan penggajian 3 September ini.

Sebaliknya, yuran pendaftaran hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang dipohon sebaik sahaja pinjaman diluluskan.

Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata penangguhan yuran pendaftaran itu diperkenalkan tahun lalu dan diteruskan tahun ini meringankan beban pelajar dan keluarga, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Langkah itu bertepatan hasrat kerajaan memperjuangkan pendemokrasian pendidikan memastikan akses kepada pengajian tinggi di kalangan rakyat dipertingkatkan.

Sebanyak 41,267 tempat ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan setaraf, di 20 IPTA, tahun ini, peningkatan 1.9 peratus berbanding tahun lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.