Teoh ‘Orang Tengah’

0
134

Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, diberitahu bahawa, Teoh adalah orang tengah antara kontraktor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong.

Ia diakui saksi ke-36, Lee Wye Wing, seorang ahli perniagaan, ketika disoal peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Shafee Abdullah.

Menurut Lee, setiap sebut harga daripada syarikatnya akan dirujuk kepada Teoh sebelum dipersetujui Ean Yong.

Salinan sebut harga itu diemel kepada Teoh untuk disemak bagi sebarang pindaan, dan harga akan ditentukan oleh Ean Yong.

Menurut Lee, 52 tahun, isteri dan anak saudaranya, Lee Khee Hiong mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli tertinggi DAP.

Datuk Shafee turut mencadangkan bahawa mendiang Teoh tahu syarikat bumiputera digunakan oleh Lee dan DAP.

Peguam SPRM itu memberitahu Suruhanjaya bahawa Teoh mempunyai alasan yang munasabah untuk berasa risau disebabkan tindakan memanipulasi syarikat bumiputera oleh Lee dan DAP.

Dalam prosiding pagi tadi, Lee juga tidak menafikan dan setuju kebanyakan kontrak diberikan kepada syarikatnya menggunakan syarikat bumiputera.

Walaupun Lee menafikan syarikatnya dibiayai oleh entiti DAP, Datuk Shafie menyatakan ada bukti dia turut mendapat bantuan pendahuluan ahli DAP.

Semalam datuk Shafie menegaskan terdapat bukti 30 hingga 70 peratus tuntutan yang dibuat syarikat kontraktor terbabit disalur kepada parti politik.

Ia adalah sesuatu perkara tidak patut apabila wang kerajaan disalur untuk dana parti politik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.