1,000,000FansLike

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Hari Ini

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur, Ahad.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Related Stories