UMNO Selangor Saman Mustafa Ali Dan 5 Responden Lain – @zinmohamed

0
107

UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta lima responden lain.

Ia berhubung dakwaan UMNO sebagai dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS ke atas gereja Methodist Damansara Utama, DUMC bulan lalu.

Saman difailkan Setiausaha Perhubungan UMNO negeri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ia antara lain menuntut ganti rugi RM10 juta dari setiap responden.

Datuk Mustafa didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel diterbitkan PAS bertajuk `PAS akan dedah bukti UMNO main peranan operasi JAIS’.

Lima responden lain termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Mohamad Sabu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman, wartawan Khairul Azlam Mohamad serta pencetak, Angkatan Edaran Enterprise.

28 September depan ditetapkan untuk pengurusan kes.

DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED/SETIAUSAHA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR
“Kita bersedia menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dengan menuntut pihak Mustafa Ali secara umum memohon maaf terhadap sangkaan fitnah jahat terhadap UMNO namun tawaran ini bukan sahaja ditolak secara tidak ada pertimbangan bahkan dicabar bersedia untuk hadapi tuntutan ini di mahkamah.”

Berita terdahulu:

Isu Gereja: Umno Selangor Fail Saman Terhadap Mustafa Ali
UMNO Selangor saman S/U Agung Pas RM10 juta 

Umno Selangor Bakal Saman Fitnah Mustafa Ali RM10 Juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.