UMNO Selangor yakin JAIS bertindak ikut undang-undang

0
139
Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama.

UMNO Selangor yakin tindakan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika memeriksa sebuah gereja di negeri itu sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini mengikut peruntukan undang-undang.

Jika tidak, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, gereja itu boleh mengambil tindakan mengheret JAIS ke mahkamah.

“Saya yakin JAIS telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian,” katanya.

Pada 3 Ogos lepas, JAIS membuat membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, selepas menerima laporan mengenai kehadiran orang Islam pada majlis makan malam yang diadakan di situ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.