Unisel – Isu Perletakan Jawatan Rosti Perlu Diselesaikan Segera

0
124

Keputusan Naib Canselor Universiti Selangor, UNISEL Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan perlu dihormati.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, isu itu perlu diselesaikan segera oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Selangor agar tidak mengganggu pengajian pelajar.

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH/TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI
“Kita hormati keputusan Naib Canselor itu kerana itu keputusan yang sangat berprinsip bagi sesebuah universiti itu walau dia milik kerajaan atau sesiapapun, dia ada atonomi tersendiri. Kita mesti hormati. Kita di Kementerian Pengajian Tinggi
pun kita takkan campurtangan kerana hormati atonomi universiti tu.”

Beliau mengulas peletakan jawatan Datuk Dr Rosti berkuatkuasa semalam yang dipercayai akibat tekanan politik dalaman universiti itu.

Datuk Saifuddin berkata Kementerian Pengajian Tinggi hanya boleh memantau pentadbiran universiti berkenaan serta memberi nasihat.

Selagi tidak membabitkan perlesenan, tiada tindakan yang boleh diambil kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Semarak Ramadan Al-Mubarak anjuran Universiti Malaysia Pahang, di Kuantan malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.