[Video] Bantuan banjir dan COVID-19 perlu seiring mengikut keperluan – Ahmad Maslan - ulekmayang.com

PUCHONG – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengalu-alukan bantuan yang diberikan kerajaan khususnya kepada mangsa banjir bagi meringankan bebanan mereka.

Namun katanya rakyat semestinya mengharapkan pengumuman bantuan lain terutama bagi mereka yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.

“Bantuan-bantuan tambahan yang diumumkan oleh kerajaan adalah dihargai dan yang penting bantuan itu disegerakan namun apa yang diharapkan ada lagi pengumuman-pengumuman yang baik.

“Orang khuatir dengan Omicron dan sebagainya bukan hanya mangsa banjir yang terjejas… kalau kita baca komen-komen dalam media sosial apabila kita beri bantuan ada lagi rakyat di luar sana yang terkesan dengan COVID-19 juga inginkan bantuan.

“Jadi kita perlu keseimbangan melihat perkara itu pada ketika kita mencurahkan khidmat kita kepada mangsa banjir ada rakyat yang tidak terkena banjir tetapi terkena renjatan COVID-19 ini juga memerlukan bantuan yang berterusan sehingga mereka boleh benar-benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Tengah Puchong semasa mengetuai Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai bantuan yang disalurkan, Ahli Parlimen Pontian itu menambah UMNO bergerak secara menyeluruh menggunakan jentera sedia ada dalam memberikan sumbangan kepada rakyat.

“Bukan hanya UMNO memberikan barangan berbentuk barangan tetapi saya lihat Skuad Sayang, Skuad Sabil dan Puteri UMNO di pelbagai peringkat banyak memberikan bantuan di semua tempat kawasan banjir dengan berpuluh Parlimen yang terkena banjir
UMNO.

“Di semua peringkat meneruskan bantuan-bantuan selain barangan mereka bertindak juga membersihkan kawasan sampah sarap yang ada di sekitar,” ujar beliau.

Terdahulu Ahmad meneruskan misi berkenaan pada hari ini apabila menyampaikan barangan keperluan asas di UMNO Bahagian Petaling Jaya dan Puchong sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.

BACA juga:

Banjir: Susah senang rakyat, UMNO sentiasa bersama hulur bantuan – Ahmad Maslan

Banjir: Jentera UMNO komited bantu rakyat terkesan banjir – Ahmad Maslan

Banjir: Sukarelawan UMNO teruskan khidmat bakti bersama rakyat

Original Article

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox